Geografi Gunung Tambora

Pemandangan gunung Tambora dan sekelilingnya dari udara.

Gunung Tambora terletak di pulau Sumbawa yang merupakan bahagian dari kepulauan Nusa Tenggara. Gunung ini adalah bahagian dari busur Sunda, tali dari kepulauan vulkanik yang membentuk rantai selatan kepulauan Indonesia.[9] Tambora membentuk semenanjungnya sendiri di pulau Sumbawa yang disebut semenanjung Sanggar. Di sisi utara semenanjung tersebut, terdapat laut Flores, dan di sebelah selatan terdapat teluk Saleh dengan panjang 86 km dan lebar 36 km. Pada mulut teluk Saleh, terdapat pulau kecil yang disebut Mojo.

Selain seismologis dan vulkanologis yang mengamati aktiviti gunung tersebut, gunung Tambora adalah daerah untuk penyelidikan ilmiah arkeologi dan biologi. Gunung ini juga menarik pelancong untuk mendaki gunung dan aktiviti melihat flora dan fauna.[10][11] Dompu dan Bima adalah bandar yang letaknya paling dekat dengan gunung ini. Di lereng gunung Tambora, terdapat beberapa kampung. Di sebelah timur terdapat kampung Sanggar. Di sebelah barat laut, terdapat kampung Doro Peti dan kampung Pesanggrahan. Di sebelah barat, terdapat perkampungan Calabai.

Terdapat dua jalur pendakian untuk mencapai kaldera gunung Tambora. Laluan pertama dimulai dari perkampungan Doro Mboha yang terletak di sisi tenggara gunung Tambora. Laluan ini mengikuti jalan berturap melalui perkebunan kacang sampai akhirnya mencecah ketinggian 1.150 m di atas permukaan laut. Laluan ini berakhir di bahagian selatan kaldera dengan ketinggian 1.950 m yang dapat dicapai oleh titik pertengahan jalur pendakian.[12] Lokasi ini biasanya digunakan sebagai khemah untuk mengamati aktiviti vulkanik kerana hanya memerlukan waktu satu jam untuk mencapai kaldera. Laluan kedua dimulai dari desa Pancasila di sisi barat laut gunung Tambora. Jika menggunakan laluan kedua, maka kaldera hanya dapat dicapai dengan berjalan kaki.[12]

Rujukan

WikiPedia: Gunung Tambora http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000080&si... http://www.iht.com/articles/2006/03/01/healthscien... http://news.nationalgeographic.com/news/2006/02/02... http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=11008 http://www.worldislandinfo.com/POPULATV2.htm http://www.zollinger-genealogy.com/FamousZollinger... http://e-publishing.library.cornell.edu:80/Dienst/... http://volcano.und.nodak.edu/vwdocs/volc_images/so... http://www.volcano.si.edu/world/largeeruptions.cfm http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0...